Header Ads

Video terbaru dari Neelofa buat ramai peminat sebak,mengalirkan air mata



Kaki Share nak tanya ni Apakah definisi Cinta Sejati bagi anda? Cinta dan nafsu sering kali membingungkan kita. Sebenarnya jika kita tonton filem, lagu juga novel, kebanyakkannya bukan tentang cinta sejati tetapi nafsu. Namun menerusi video drama pendek ini boleh membuktikan Cinta Sejati atau True Love benar-benar wujud dia antara dua jiwa.
Naelofar Hijab True Love sebuah video romantis yang menjadi perbualan hangat dikalangan peminat Neelofa. Menurut laporan dari Harian Metro, dia akui lagu tema dan video bagi #NHTRUELOVE diinspirasikan daripada kisah cinta beliau sendiri. Dengan mengetengahkan bakat lakonan dari Indonesia. Pemilihan Miller Khan sebagai watak kekasih Neelofa sangat tepat kerana jejaka kacak ini mampu menyampaikan emosi dengan begitu baik sekali.

Namun Neelofa tidak mengulas lebih lanjut kisah percintaannya kerana mungkin terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
“Saya juga serahkan kepada penonton untuk menilainya sendiri,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Naelofar Hijab Raya 2017"

Jika dilihat pada keseluruhan babak dalam drama pendek ini, pasti ramai penonton boleh mengaitkan watak ini dengan pasangan Neelofa dan Fattah Amin. Antara babak-babak yang begitu dekat dengan kisah Fattah dan Neelofa seperti, bertemu dalam lokasi pergambaran di lapangan terbang seolah-olah sama dalam drama Suri Hati Mr Pilot.

Selain itu babak menemani teman lelaki bermain futsal dan sebuah lagu telah dicipta khas buatnya sangat dekat dengan kisah cinta Fattah dan Neelofa. Kesimpulannya sangat jelas boleh dikaitkan dengan fenomena #Lofattah yang cukup hangat sebelum ini.

“Cinta itu membebaskan, jika ia kembali. Itulah Cinta Sejati”- kata-kata akhirnya yang diluahkan oleh Neelofa sambil menitiskan air mata. - Kaki Share


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.