Header Ads

Video Terbaru Seorang Wanita Memandu Melawan Arus, Lepas Myvi Sekarang Toyota Vios Pula.





Memandu dengan cara melawan arus bukan sahaja membahayakan pemandu tersebut sahaja malah turut akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.


Kejadian sebegini tidak seharusnya berlaku dan tidakkan sewajarnya patut diberikan seperti hukuman yang lebih berat agar tiada lagi pemandu yang melakukan perbuatan memandu melawan arus ini.


Lepas satu muncul lagi satu pemandu memandu lawan arus ini, apa dia orang ini tidak fikir ke keselamatan pengguna jalan raya yang lain.


Mengikut laporan Harian Metro di Butterworth, satu lagi kes kereta dipandu melawan arus didakwa berlaku di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari Tol Sungai Nyiur ke Seberang Jaya, dekat sini, malam kelmarin.


Kali ini ia membabitkan sebuah kereta dipercayai Toyota Vios yang dikatakan dipandu seorang wanita berusia 30-an dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam.

Dalam klip video berdurasi 40 saat itu, wanita berkenaan didapati memandu secara melawan arus hingga mengejutkan pemandu kereta lain yang menggunakan laluan berkenaan.


Tiada kemalangan dilaporkan berlaku, tetapi kejadian itu mengundang kemarahan pemandu lebuh raya terbabit apabila mereka membunyikan hon secara bertalu-talu selepas melihat kelakuan wanita berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, setakat ini tiada laporan berhubung insiden itu diterima pihaknya daripada pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan terbabit.-harianmetro


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.