Header Ads

Aksi Rakaman Pembuli Jalanan Di Mid Valley Jadi Viral, Mangsa Buli Jadikan Sebuah Filem Pendek Buat Netizen Terhibur




Selalunya ciri-ciri seorang pembuli jalanan ialah mereka yang ingat bahawa jalan raya itu kepunyaan datuk mereka dan akan naik angin sekiranya mangsa buli mereka merakam aksi mereka naik angin. Namun, aksi pembuli jalanan ini agak berbeza. 

Sejak semalam, satu video yang dimuatnaik ke laman Facebook dan ianya menjadi sangat viral. Netizen yang menonton video berkenaan merasa agak jelek melihat wajah pemandu tersebut namun pada masa yang sama geli hati dan terkejut dengan cara mangsa menyunting video rakaman dashcam yang dipasang pemandu berkenaan. 

Rakaman tersebut disunting sehingga seperti menjadi sebuah filem pendek yang menghiburkan. Lihat rakaman video tersebut dibawah:


Kejadian tersebut berlaku di sekitar kawasan Mid Valley pada 2 Januari lalu. Berdasarkan rakaman tersebut sebuah kereta Perodua Axia secara tiba-tiba meluru masuk di hapadan kereta mangsa tanpa memberi sebarang isyarat. Kedua-dua kereta hampir berlanggar dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemandu Axia tersebut. 

Pembuli jalanan itu kemudian melakukan aksi memek muka yang menjelekkan sambil menjelir lidah. Netizen rata-rata menganggap pemandu tersebut seperti tengah khayal dengan dadah. Ada segelintir netizen memberi cadangan agar mangsa hadir ke balai polis untuk membuat laporan kerana sudah mempunyai nombor pendaftaran kereta tersebut. 

Ada juga netizen yang menyoal apakah punca lelaki tersebut berbuat demikan dan menyoal adakah mangsa terlebih dahulu membuat kesalahan dan mahu mendengar cerita di kedua belah pihak. 

Bagus juga pemandu tersebut menyunting video aksi pembuli jalanan itu dengan cara yang amat menghiburkan. Semoga lelaki ini tidak menjadi bahan netizen seperti apa yang terjadi dengan 'akak selipar terbang'. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.