Header Ads

Isu Viral Wanita Sentuh Anjing, JAKIM Nasihat Wanita Pelihara Anjing Untuk Bertaubat Dengan Segera




Baru-baru ini, seorang video seorang wanita Islam yang memelihara anjing bernama Bubu menjadi viral di media sosial. Video tersebut menjadi bualan panas sehingga netizen mengecam tindakan wanita tersebut kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam. 

Terbaru, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha dalam satu kenyataan di dalam laman Facebooknya menyesali tindakan wanita tersebut kerana perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai penghinaan kepada agama Islam. 

Menurutnya lagi, perbuatan memegang anjing secara sengaja seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut tanpa sebab yang dibenarkan hanya menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam selain ianya bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di Malaysia. 

Mengikut mazhab Syafie, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam. Walaupun terdapat kaedah sertu untuk menyucikan diri beliau berkata ianya bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang memegang najis mughallazah secara sengaja. 

Beliau juga berharap wanita tersebut dapat menghentikan perbuatannya itu dan kembali bertaubat kepada Allah. Selain itu, perbuatan tersebut dianggap seperti mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada menghina agama Islam. 

Walaupun Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing kerana ianya juga satu makhluk Allah malah tindakan seperti memukul dan membunuh anjing tanpa sebab juga dikira bertentangan dengan ajaran Islam. 

Namun begitu mengikut mazhab Syafie umat Islam dilarang menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan dan mereka yang terlibat hendaklah merujuk kepada pihak Jakim berkaitan tentang hukum memelihara anjing. 

- www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.