Header Ads

Bangunan Usang Jadi 'Saksi' Remaja Perempuan 15 Tahun Dirogol Kenalan WeChat





Kenal, jumpa dan rogol. Itulah yang berlaku kepada seorang remaja perempuan dari Sabah yang mendakwa telah dirogol lima remaja lelaki yang baru dikenali hanya 3 minggu menerusi aplikasi WeChat. 

Mangsa yang berumur 15 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh lima suspek remaja lelaki berusia antara 13 hingga 18 tahun di sebuah rumah usang di Manggatal. Kejadian berlaku pada 14 Jun lalu dan mangsa hanya berani melaporkan kejadian tersebut pada Rabu lalu. 

Menurut laporan Harian Metro, pada mulanya remaja perempuan tersebut menemui lima suspek tersebut di sebuah taman di Manggatal. 

Remaja tersebut telah dipaksa untuk mengikut suspek ke sebuah bangunan tinggal. Mangsa cuba melarikan diri tetapi dihalang oleh suspek. 



Ketika berada di dalam bangunan tersebut, mangsa di ajak berbual oleh suspek dan kemudian telah dipaksa berbaring di atas lantai dan kemudian dirogol secara bergilir-gilir.

Semua suspek remaja lelaki telah direman selama tujuh hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. 

___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.