Header Ads

Baru Seminggu Beroperasi Stesen MRT Sg BUloh - Kajang Diancam Vandalisme





Baru sahaja dilancarkan pada 17 julai yang lalu , Transit MRT Sg.Buloh - Kajang sudah nampak akan menjadi ancaman vandalisem apabila dapat dilihat puntong rokok dibuang merata , tempat duduk awam juga ditereh hingga terpaksa dikeluarkan sementara bagi kerja membaikpulih .

Tidak cukup dengan itu , pengguna MRT juga dikatakan membuang sampah seperti kayu , plastik makanan dan botol minuman sesuka hati mereka . Perbuatan mereka sekadar mampu dipandang oleh pekerja penyelenggara stesen MRT Bukit Bintang  .

' saya tak boleh tegur mereka , saya orang luar . Apa yang saya boleh buat ambil gambar dan laporkan kepada pihak pengurusan ' ujar salah seorang pekerja warganegara asing .




Sejak stesen MRT itu dibuka , ramai pengunjung membawa keluarga untuk merasai pengalaman sendiri menaiki MRT dan melihat keunikan stesen tersebut . Namun situasinya lain pula yang terjadi .

Penal dinding rukun negara yang mahal  menjadi wall climbing kanak-kanak panjat .

"panel dinding ini amat mahal , kita harap ibubapa dapat kawal anak-anak untuk tidak memijak dan panjat dinding tersebut . Takut jatuh dan tercedera ' kata Pengurus Stesen MRT Merdeka , Chia Seng Kah

Malah menerusi laman IG Pengarah Strategik Komunikasi Dan Pihak Kepentingan MRT Corp , Datuk Najmuddin Abdullah juga meluahkan rasa kesedihan beliau melihat kerosakan yang ditemui semasa melawat beberapa MRT baru-baru ini .


I went around to several @mrtmalaysia stations today. Happy to see weekend crowds in the trains. Happy faces going to their respective destinations with family and friends. Shopping and lunching must be in their agendas. What I'm sad about is the damages / vandalism happened at our stations. Just after 5 days of operations! So many scratches on benches and walls. Damages in toilets - a toilet in an OKU was broken 2 days ago. Just now I saw a broom stick (penyapu!!!) and a spotlight on rooftop of Exit F at Bukit Bintang station. I'm sure those 2 dead things didn't walk up the roof by themselves. Then I went to Merdeka Station - another popular vandalism destination. @myrapidkl colleagues told me children climbed the Rukun Negara wall ! And I can show you a splint of the wall on my palm there. Tidak ada kesopanan langsung! We provide a first class facility but if the society is not ready with first class mentality to embrace it, we are going to waste a lot of money and time unnecessarily to do the repair works. #mrtmalaysia #jomnaikmrt #negaraku #negarakumalaysia #kualalumpur #malaysia
A post shared by Najmuddin Abdullah (@najmuddinabdullah) on

Kerosakan dan ancaman vandalisme ini mendapat perhatian netizen dan menklasifikan pengguna yang melakukan kerosakan sebagai 'minda kelas ketiga'



Individu yang melakukan tertangkap jika melakukan kerosakan boleh dikenakan hukuman dan didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan ( 9 Undang-undang Kecil Vandalisme  1991) yang membawa dendaan rm2000 atau penjara tidak lebih setahun jika disabit kesalahan .

Jadi pengguna awam gunakanlah kenderaan awam yang dah dibina mahal tu dengan cermat , bukan setahun dua nak guna tapi akan digunapakai generasi akan datang .

www.kakishare.my

_________________________________________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.