Buat Open House Bukan Main , Habis Majlis Sampah Longgok Depan Rumah Jiran , Perangai Asal Boleh !!
Hidup berjiran memang perlu ada sikap hormat menghormati dan saling bantu membantu . Namun tidak dinafikan ada sesetengah dalam kalangan masyarakat kita menganggap berjiran itu sekadar orang yang berada sebelah dan berdekatan dengan rumah kita .
Itulah yang terjadi pada sahabat kita Salahhuddin Salleh . Kisah ini berlaku di sekitar Telok Emas , Melaka . Beliau berasa tidak berpuashati dengan jiran yang membuat majlis rumah terbuka . Baginya niat membuat majlis dikira sedekah dan cukup baik tetapi janganlah disedekahkan sekali sampah sarap selepas majlis .
Salahhuddin mendakwa sampah selepas open house disusun tepi jalan dan bukannya di tempat pengumpulan sampah . Katanya lagi , cuba bayangkan jiran longgokkan sampah depan rumah kau , perangai jangan asal boleh je !
Ambik balik sampah ni , aku tak hingin !!
Namun ada yang lebih memeranjatkan lagi apabila sekarung guni sisa tulang dan bahagian badan haiwan ternakan . Namun lebih jelas menunjukkan kaki haiwan tersebut seperti kaki kambing atau kaki bab1 . Aduhaiii jiran macam ni ..
Menurutnya lagi , kawasan parit tersebut selalu menjadi port kaki mancing , tak kan lah tak nampak orang ramai memancing kat kawasan tu ? dimana hati dan perasaaan ?
Aku tengok kemain ikan merobek bangkai itu dah macam ikan piranha tak makan sebulan . Lepas tu orang mancing dapat ikan gemuk-gemuk . Rupa-rupanya nya isi perut ikan yg berisi entah bangkai babi ke ape entah ... Ko rasa??? Senang ke hidup ko???
Begitulah luahan permasalahan kejirana yang berlaku . Diharap pihak berkuasa dikawasan berkenaan dapat mengambil tindakan secepat dan selanjutnya .
Jiran macam ni tak boleh beri peluang , kena beri pengajaran sewajarnya .
Sumber : Salahhuddin Salleh
www.kakishare.my
----------------------------------------------------------------------------------
Post a Comment