Dua Adik Beradik Warga Malaysia Di Belasah Akibat Salah Faham Ketika Tengah Beratur Di Kaunter Imigresen Singapura
Jika anda seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sudah pasti akan faham tentang kesibukan untuk keluar masuk ke Singapura. Tak dapat nak bayangkan kesusahan mereka yang sanggup untuk menunggu dalam barisan yang panjang di kaunter imigresen selepas penat bekerja seharian. Biasanya, manusia akan berasa sakit hati jika terlalu lama menunggu.
Seorang rakyat Malaysia berkongsi kisah pengalaman yang tidak dapat dilupakan berlaku ke atas dirinya dan adiknya pada Jumaat lalu. Kejadian tersebut berlaku ketika mereka mahu pulang ke rumah di Johor apabila seorang wanita tiba-tiba telah memotong barisan mereka dan berdiri di depan seorang lagi kawan mereka.
Namun, kawan lelaki tersebut tidak membenarkan wanita tersebut memotong barisan dan ketika itu berlaku tolak menolak antara mereka kerana tidak mahu wanita tersebut bertindak sedemikian. Ketika pertengkaran tersebut sedang berlaku, teman lelaki wanita tersebut sedang beratur di depan mereka.
'Kenapa saya harus membenarkan wanita itu memotong barisan sedangkan orang lain pun sedang beratur dengan sabar? Dia patut tunggu gilirannya'.
Selepas kejadian tersebut, kesemua mereka menaiki bas yang sama untuk pulang ke Malaysia dan pasangan tersebut masih tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan membuat bising sepanjang perjalanan pulang.
Apabila tiba di perhentian bas Aeon Bukit Indah kira-kira jam 10.45 malam, sekumpulan lelaki telah mengepung lelaki tersebut bersama adiknya sejurus mereka turun dari bas tersebut. Berlaku pergelutan antara mereka dan orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut menelefon pihak polis untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
Sebelum ketibaan pihak polis, pergaduhan tersebut bertambah teruk sehinggakan ibu bapa kepada pasangan tersebut juga turut hadir di tempat kejadian. Lelaki tersebut memberitahu:
"Sebelum ibu mereka hadir, teman lelaki wanita tersebut mahu membelasah kami kerana tidak membenarkan teman wanitanya untuk memotong barisan. Tapi apabila ibu lelaki berkenaan sampai dia memberitahu ibunya yang dia memukul kami kerana kami telah mencabul teman wanitanya"
Malah, bapa kepada lelaki berkenaan juga membawa sebatang kayu untuk membelasah mereka. Namun bapa lelaki itu melarikan diri setelah mendapat tahu pihak polis sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian.
Mengikut laporan Chinapress, pihak polis telah mengesahkan kejadian dan menerima laporan daripada pasangan tersebut bahawa dua adik beradik tersebut telah mencabul teman wanitanya dan itu menyebabkan pergaduhan tersebut. Pihak polis kini sedang menyiasat kes tersebut.
Walau apapun juga, diharap ianya dapat diselesaikan secara baik dan jika tengah beratur tu janganlah suka-suka memotong barisan yang ada. - www.kakishare.my
___________________________
Post a Comment