Header Ads

'Dulu Rajin Solat, Dah Pandai Make Up Solat Pun Tinggal' - Gadis Ini Luah Kisah Kawan Berubah Kerana Alat Solek




Alat solek dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Memang lumrah naluri wanita yang mahu kelihatan cantik maka tidak hairanlah jika ada yang obses dengan alat solekan. Tapi kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @tufairies ini mungkin agak mengejutkan. 

Hairan juga bagaimana alat solekan mampun mengubah kehidupan seorang gadis. Setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. Semoga ianya menjadi iktibar kepada semua terutamnya kaum wanita. 


Aku bukan tak suka perempuan bermakeup or sengaja nak burukkan tapi, aku ada 1 kisah pasal member yang berubah kerana makeup. True story. Memandangkan aku ni tak ramai kawan, and dia pun jenis kepoh (& perempuan), ada la dia tegur aku sekali, dua. Teguran dia kat semorang kasar. 

Aku kenal dia ni masa sekolah rendah. Darjah 5 macam tu. Biasa je budaknya. Mak dia pernah jaga adik aku. Ok la pada aku maybe dia baik. cuma kasar je kot. Noob gila aku. Cara dia bahan orang memang kasar. Sukati dia panggil orang hitam, gemuk, bodoh etc. Lepas tu ngutuk2.

Dia pernah ngutuk pasal aku. Aku pun tak suka dia sangat. So benda tu aku tak kisah pun. Naik sekolah menengah, mulut dia makin sampah. Perangai dia ni pun kawan ngan orang for benefits. Kau kaya? Dia kawan. Kau pakai iphone? Dia kawan. Kau ada lesen & kereta? Yup.

'Start Gila Make Up'

Dia kawan dengan aku masa tu sebab aku pandai and kesayangan cikgu. Aku mintak apa je kat cikgu, memang aku dapat lol. Berkat doa ibu kot. Ok taknak puji diri. Then naik umur 18, aku dapat tahu dia masuk form 6. And dikatakan dia gila makeup. Highlight muka dia cam buku sejarah. Memang glowing berkilat macam kepala orang botak. Sumpah scary. Few months after that, member bitau aku dia start cukur kening.

Ok cukur kening tu hal dia la but tak nahan tu bff dia cakap kat aku "Dulu dia rajin solat tapi lepas gian makeup ni dia tak pernah solat. Dia kata membazir makeup nanti kalau asik wudhu, nak pakai lagi and lagi"

Allah…Manusia jenis apa ni? Perangai pun kawan dengan A, kutuk B. Kawan dengan B, kutuk A. Dah dapat apa dia nak, cam sampah dia layan kau pastu. Nak makeup cantikkan muka tu takpe. Kalau boleh cantikkanlah akhlak tu. Benda tu lagi penting. Sayang betul. Muka cantik, hati buruk. Ish.

Maka, nak melawa ke apa, kau kena ingat, Tuhan dah bagi elok2 tu, takyahlah buang ada function benda Dia bagi. Dah cukur, lukis balik? Lol Kalau boleh, elakkanlah makeup berlebihan. Rosak kulit muka kang. Love yourself and skin ye girls. The end.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.