Header Ads

Isu Maling Kundang , Sufi Mohon Jangan Kecam Dan Marah Ibunya .






Semua mengetahui mengenai luahan Irma Suriana Mahamud iaitu ibu kepada bekas juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sufi Rashid, pada Jumaat lalu menerusi Facebooknya. 

Sufi ketika diminta beri penjelasan mengenai komen ibunya itu berkata yang beliau akan menyelesaikan masalah antara dia dan ibunya selepas wanita itu menyamakan diri seperti kain buruk. 

Kata Sufi atau nama sebenarnya Muhammad Sufie Rashid, 26, sebagai seorang anak dia perlu mencari jalan penyelesaian apa yang berlaku dalam keluarganya itu. 

 



"Saya sebagai anak akan mencari jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah keluarga. Tak ada emak yang tak sayang anak dan tak ada anak yang tak sayangkan emak. 

"Biasalah, manusia lemah. Bila emosi, kadang-kadang kita terluahkan dengan kata-kata yang kita sendiri tak ada niat," jelas Sufi. 

Irma Suriana meluahkan rasa itu kerana berasa kecil hati dan kecewa dengan darah daging sendiri. 

Tidak dijelaskan secara terperinci apakah perkara sebenar yang terjadi antara dua beranak itu. 




Dalam pada itu, Sufi memohon agar netizen tidak lagi mengecam dan memarahi ibunya kerana status berkenaan. 

Dia menghargai semua orang yang mengambil berat dan berharap doa yang terbaik untuknya. 

"Untuk semua netizen, saya sangat hargai kerana ambil berat tentang keluarga saya. Selepas ini saya berharap anda semua tidak akan marah ibu saya kerana dia perlukan doa yang baik-baik daripada semua. 

"Saya juga berharap semua masih menyokong karier saya seperti biasa dan doakan yang terbaik untuk saya," katanya. 


myartis.com


www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.