Fasha Sandha Mula Bermain Cinta Selepas Setahun Bercerai ... Siapakah Lelaki Bertuah Itu ??
Setelah bercerai dengan Jejai , tiada gossip liar muncul dalam hidup fasha sehinggalah Fasha Sandha sendiri berkongsi secara umum beliau sedang bermain perasaan dengan seseorang .
Walaupun belum mula ke fasa tangkap cinta , Fasha mendakwa lelaki berkenaan telah mula berani mengatakan rindu kepadanya .
Fasha akui bahagia setelah berkenalan dengan lelaki berkenaan hampir setahun lalu . Dan paling penting lelaki berkenaan sukakan kanak-kanak ! Wah bertuah Fasha ya .
"Saya berkawan rapat tetapi belum ke arah bercinta cuma sekarang fasa hubungan itu dah berani cakap rindu.
"Tetapi apabila dia cakap rindu saya tidak terus balas, kenalah jual mahal sikit... hahaha.
"Hendak kata hati sudah dimiliki pun belum lagi cuma saya selesa berkawan dengannya,"
"Dia sukakan kanak-kanak dan anak-anak saya adalah keutamaan saya melebihi segalanya.
"Alhamdulillah dia terima anak-anak saya dengan baik dan itu antara sebab membuatkan saya selesa dengannya,"
Fasha mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 41 pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari tahun lalu.
Pelakon ini mempunyai dua orang anak hasil hubungan dengan Jejai iaitu Putra Rayfal, 4 tahun, dan Putri Raysha Jemaima, 3 tahun.
www.kakishare.my
Post a Comment