"Geram saya dibuatnya, tak tahu dah nak cakap macam mana" Dato Vida
PENGASAS Terkenal Vida Beauty Sdn Bhd iaitu Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan gelaran Dr Vida kesal dan amat terkilan dengan tindakan pihak yang amat tidak bertanggungjawab mencipta akaun palsu menggunakan namanya dan memalukannya di laman sosial, termasuk terbaru, Twitter @DatoSeriVida dengan tujuan menaikkan followers.
Status ‘Tadi ada doktor ucap thanks kat saya, sebab tadi lagu saya keluar kat radio tetiba pesakit yang dah koma empat tahun ni bangun dan tutup radio tersebut’ yang dimuat naik di Twitter itu semalam tular hari ini.
Menurut Dr Vida, akaun laman sosial menggunakan namanya bukan kali pertama sebaliknya beliau turut mengesan sebanyak 30 akaun di laman sosial yang menyamar sebagai dirinya dan beliau akan mula menjejak pemilik sebenar akaun tersebut.
"Geram saya dibuatnya, tak tahu dah nak cakap macam mana... saya hanya melihat perkara ini secara positif," katanya yang muncul dengan single sulung berjudul I Am Me.
Single sulung itu sudah diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.
Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.
Dr Vida sebelum ini juga ada membuat laporan polis berhubung perkara ini termasuk pada April 2016 apabila mengesan kewujudan satu akaun Facebook menyamar sebagai beliau dan memperdaya pengikut di laman sosial itu.
Sumber : Hmetro
Post a Comment