'Harap Je Bertudung Litup, Tapi Maruah Telah Tergadai' - Budak Wicet Buat Hal Lagi Hantar Gambar Lucah Dekat Suami Orang
Pada zaman sekarang, teknologi digunakan untuk memudahkan kehidupan seharian. Namun, seringkali teknologi disalah guna untuk memuaskan nafsu diri. Apa yang terjadi kepada wanita ini yang berkongsi kisah suaminya yang curang.
Suami yang dipercayai sepenuh hati tetapi dia tak menyangka suaminya sanggup berlaku curang terhadap dirinya.
Saya nak share masalah saya dan suami. Baru2 ni saya dapat tangkap kecurangan suami saya. Saya tak pernah tahu yang dia ada akaun wechat. Saya betul2 tak sangka suami saya sanggup berlaku curang terhadap saya.
Hampir 5 bulan saya ditipu olehnya patutlah selama ni dia tak pernah lepaskan hp dari tangannya even tengah mandi dan tidur pun hp di tangan atau di poket seluar. Saya tak pernah rasa curiga terhadapnya kerana saya terlalu percayakan dia..(itu silap saya).
Walaupun dia menjalinkan hubungan secara atas talian, tapi hati saya terlalu sakit bila tengok pelbagai mesej dan gambar lucah yang betina2 s****l tu hantar pada suami saya. Suami saya melayan dan turut serta meminta gambar2 yang jijik utk saya perkatakan.
'Bertudung Litup Tapi Maruah Tergadai'
Bukan itu sahaja,mereka berbual seolah2 seperti suami isteri.siap ber'mama' n ber'papa' lagi. Di sini saya sertakan screen shot yang saya sempat ambik di akaun wechat suami saya.
Bertudung litup tapi sayangnya maruah telah tergadai bila kalah dengan pujuk rayu sang buaya darat. Hati saya sudah hancur. Suami berkali2 meminta maaf dan insaf serta bersumpah tak akan buat lagi perkara seperti ini.
Adakah saya patut memaafkan dia walhal hati saya sudah hancur berkecai. Bagaimana untuk saya menerima suami saya kembali dan menerima segala kesilapan yang dia telah lakukan?
- www.kakishare.my
- www.kakishare.my
Post a Comment