Ikan Merah 3 Keping RM40, Chef Wan Pun Terkejut Harga Ikan Makin Mahal Sekarang Ni
Chef selebriti, Chef Wan memang sinonim dengan status lantang dan pedas di laman Instagram miliknya.
Kali ini, Chef Wan meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga ikan di pasaran yang dikatakan semakin melampau-lampau harganya. Dalam satu status yang dimuat naik oleh Chef Wan seperti dibawah.
Dalam status tersebut beliau menulis harga ikan pada hari ini semakin mahal.
"Fish these days are so expensive. Ambil ikan merah 3 keping besar sedikit nak buat soup ikan pun dah harga RM40.00," katanya. Menurut Chef Wan lagi, tiada apa yang murah lagi boleh didapati di negara ini.
"Despite our government melaung laungkan yang our economy is improving.. Iyo la kan ajo.." sindirnya.
Ada banyak benarnya apa yang diperkatakan oleh Chef Wan ini. Mungkin beliau boleh memberikan resipi alternatif kepada masakan ikan selepas ini, sebagai sumber protein yang baik kan! - www.kakishare.my
Post a Comment