Header Ads

Memalukan Malaysia Gambar 'Gadis Shell' kena raba dapat liputan antarabangsa



SUNGGUH MEMALUKAN, kejadian beberapa lelaki membuat aksi lucah meraba bahagian sulit gambar 'gadis Shell' baru-baru ini turut mendapat liputan sumber berita antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) sekaligus menjadikan isu itu mendapat liputan seluruh dunia.
Sumber berita itu melaporkan, Shell kini menurunkan gambar seorang kakitangan wanita bersaiz 'hidup' daripada semua stesen minyak petrol cawangannya di seluruh Malaysia selepas gambar tidak senonoh tersebar di atas talian. 

 Foto beberapa lelaki mencium gambar figura itu, memegang tangannya, dan menyentuh dada serta kelengkangnya telah menjadi tular di laman sosial Facebook dan beberapa media sosial lain lapor BBC. Malaysia merupakan sebuah negara majoriti Islam, yang memperlihatkan peningkatan konservatif agama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

 Shell berkata tindakan itu bercanggah dengan budaya tempatan dan nilai-nilai syarikat itu sendiri. Gergasi tenaga itu, yang mempunyai lebih daripada 950 cawangan di Malaysia, berkata ia tidak akan membiarkan "kelakuan tidak senonoh dan lucah" yang disebutkannya sebagai "tidak sopan". 

 "Kami menyeru netizen dan anggota masyarakat untuk berhenti daripada terus mengongsikan imej-imej ini," sambil mengkritik tindakan lelaki-lelaki berkenaan sebagai "berkelakuan ekstrem". Iklan yang menggunakan figura wanita berusia 25 tahun itu, memakai pakaian t-shirt berwarna merah dan berseluar hitam serta memakai tudung hitam. 

 Wanita terbabit sebelum ini memberitahu akhbar tempatan The Star, bahawa dirinya merasa terhina dengan gambar-gambar (yang tersebar) itu. "Mereka mungkin sekadar bergurau, tapi saya rasa terhina sebab (figura) itu masih lagi diri saya sendiri walaupun ia hanyalah sekadar gambar," katanya. Salah seorang lelaki yang mengirim video berdurasi empat minit di Facebook, merakam aksi dirinya mencium potongan cardboard itu sebelum ini dilaporkan sudah memohon maaf. 

Sumber — BBC


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.