Header Ads

Kecoh Alif Aziz Ditahan Polis Kerana Didakwa Pukul Dan Cederakan Isteri Yang Masih Dalam Pantang




Nama Alif Aziz memang tidak asing lagi di kalangan peminat tanah air. Alif juga memang seorang suami penyayang jika dilihat melalui Instagram miliknya. Baru-baru ini Alif telah dikurniakan seorang bayi lelaki. 

Hari ini pula viral di media sosial apabila dia ditahan pihak polis kerana didakwa memukul isterinya baru-baru ini. Malah netizen juga berang apabila mengetahui berita penahanan penyanyi dan pelakon tersebut. 

Memetik laporan berita Utusan Online, Alif Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa memukul isterinya yang masih dalam pantang. Isterinya, Bella Astillah yang baru 20 hari melahirkan bayi mereka telah membuat satu laporan polis selepas satu pergelutan yang berlaku di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras. 

Bella dilaporkan cedera di bahagian muka dan lutut akibat dipukul suaminya itu. Ketika kejadian, Bella ditemani ibunya telah pergi ke pusat karaoke berkenaan kerana suaminya bersama seorang wanita lain. Bella kemudian tidak berpuas hati dan memarahi suaminya itu dan sempat mengambil gambar menggunakan telefonnya sebagai bukti. 

Alif Aziz telah bertindak kasar dengan isterinya itu kerana beliau dikatakan mahu merampas telefon bimbit isterinya dan memadam semua bukti yang telah diambil oleh isterinya itu. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.