Kerana Abang Hisap Dadah Dan Tikam Ibu Sendiri, Adik Belasah Abang Setelah Ditangkap Orang Ramai
Ini sebabnya kenapa najis dadah musuh negara. Seorang lelaki berusia hampir 40 tahun bertindak kejam apabila sanggup menikam ibunya sendiri sebanyak tiga kali. Kejadian yang di Felda Jengka 10, Maran. Mangsa berusia 64 tahun di bawah ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan.
Mangsa dipercayai cedera di rusuk dan paha kiri serta di belakang badan. Sebelum kejadian mangsa dikatakan membawa sebaldi air dari sungai dan meberitahu ibunya bahawa dia mahu mencuci tikar getah di dalam rumah.
Ibu mangsa telah melarang suspek daripada membuat perkara tersebut kerana hari sudah malam. Suspek kemudian masuk ke bilik air untuk mandi dan selepas keluar dari bilik air, suspek terus bertindak menikam ibunya menyebabkan mangsa terjatuh dan sempat menjerit meminta tolong.
Jeritan mangsa itu didengari jiran yang bergegas ke rumah mangsa dan sempat menolak suspek yang kelihatan agresif. Lelaki itu kemudian melarikan diri sebelum orang ramai bertindak mengejar dan berjaya menahan suspek.
Dalam satu video yang viral di laman Facebook, seorang lelaki dipercayai adik kepada suspek bertindak membelasah abangnya itu yang berang dengan tindakan abangnya itu menikam ibu mereka sendiri. Ketika kejadian suspek dipercayai dibawah pengaruh dadah.
Hasil siasatan polis mendapati suspek sebelum ini pernah mempunyai tujuh kesalahan lain yang melibatkan kesalahan dadah.
Post a Comment