'Bengang Dengan Mulut Puaka , Asyik Nak Mengata Dan Kecam' - Dato Aliff Syukri
Hampir sebulan yang lalu , kes pembantu rumah mencuri mengegarkan Malaysia apabila Dato Aliff berjaya menangkap dan menjumpai bukti mereka mencuri puluhan ribu ringgit .
Terlalu benggang dengan netizen , Dato Aliff nampaknya tanpa berkias dalam video berdurasi 50 saat itu menepis dengan keras dakwaan netizen yang dikatakan Dato dengan sengaja menyeksa haiwan peliharaannya pulak !
"Ni saya nak beritahu pada yang sedap-sedap mengecam kononnya kucing saya terseksa dan teraniaya kerana dibiarkan duduk di dalam tandas sempit.
"Korang tunggu lagi dua tiga bulan bila resort saya siap, saya buat satu rumah besar buat Dodi macam dalam zoo untuk tontonan ramai. Waktu tu orang-orang kecam saya tu barulah terbeliak mata.
"Masa ni waktu aku buat kebaikan tak nak pulak korang komen. Waktu aku buat keburukan, bukan main komen... itulah mulut mulut puaka, mulut manusia," katanya dalam nada menyindir.
Dodi ditempatkan sementara di dalam tandas sementara menunggu rumahnya siap di kediaman baru jutawan kosmetik itu.
Tambah Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman ini lagi, dia menempatkan kucingnya di dalam tandas hanya untuk sementara waktu sementara menunggu resortnya siap dan pihak Jabatan Perhilitan sendiri sudah dimaklumkan mengenai hal tersebut.
"Yang penting tandas itu selesa, bersih. Dah, Jangan duk kecam-kecam!" katanya.
Sumber : IG Kucing Ajaib
www.kakishare.my
www.kakishare.my
Post a Comment