Padah Bermain Dalam Kelas , Cikgu Tekap Besi Pengasah Pensil Yang Dipanaskan Kemuka Pelajar Sebagai Hukuman
Kebiasaannya kita dengar kes sebegini berlaku di sekolah menengah , namun kali ini dilaporkan menjadi kes pertama seorang guru memberikan hukuman terhadap pelajar sekolah rendah .
Menurut Malaysiakini , Seorang guru Matematik disebuah sekolah di Port Dickson dikatakan telah mendera salah seorang pelajar pagi semalam .
Mangsa , Fikir 8 Tahun dikatakan ketika kejadian sedang bermain semasa guru berkenaan sedang mengajar dihadapan .
Berang dan kemudian naik angin , guru lelaki berkenaan bertindak memanaskan pengasah pensel .
Dia dikatakan menggosok pengasah pensil berkenaan di lantai untuk memanaskan bahagian besi sebelum menekap ke pipi mangsa . Tindakan itu telah menyebabkan pip mangsa mengelembung dan kemudiannya mengelupas .
"Bukan setakat itu , guru berkenaan juga menampar pelajar berkenaan beberapa kali ditempat luka "
Fikri kemudiannya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut .
Ibu Fikri juga dikatakan telah menghantar mesej pesanan melalui whatsapp , namun jawapan yang diterima tidak memuaskan .
Laporan polis telah dibuat untuk mengambil tindakan undang-undang jika guru berkenaan tidak tampil berjumpa dengan ibubapa Fikri .
sumber : malaysiakini
www.kakishare.my
Post a Comment