Netizen 'Perang Mulut' Cari Siapa Yang Salah Dalam Kemalangan Antara Kereta Mitsubishi dan Honda
Orang kata malang tidak berbau. Tetapi kemalangan sebenarnya boleh dielak sekiranya setiap pengguna jalanraya mematuhi had laju dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kadang-kadang pemandu kereta sering dilihat membawa kereta secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.
Terbaru, viral di media sosial apabila seorang pengguna Facebook Azmi Aris telah memuat naik sebuah video yang memaparkan satu kemalangan yang melibatkan rakannya. Video tersebut sehingga kini telah ditonton hampir 700,000 kali dan dikongsi 4,000 kali oleh netizen.
Azmi mendakwa, rakannya Muhammad Najib dan isteri telah dianiaya oleh seorang pemandu kereta jenis Honda ketika di lorong paling kanan. Ikuti perkongsian penuh dari Azmi.
Apa masalahnya kalau mengalah ketepi bagi laluan untuk kereta di lorong kanan nak memotong. Menganiaya org lain dengan brek mengejut tanpa ada apa2 halangan di depan adalah satu provokasi yang dikira tak bertamadun. Semoga rakan ku Muhammad Najib dan isteri cepat sembuh.
Namun, pengguna Facebook tersebut telah memadam status berkenaan setelah menerima kecaman teruk dari netizen yang 'berperang' komen mencari siapa yang salah dalam keadaan tersebut.
Menerusi video tersebut kereta yang dipandu rakannya jenis Mitsubishi Lancer sedang dipandu laju di lorong kanan dan menghampiri sebuha kereta jenis Honda warna hitam.
Kereta Honda tersebut menekan brek secara tiba-tiba menyebabkan pemandu Mitsubishi itu terpaksa mengelak daripada melanggar kereta Honda itu.
Pemandu Mitsubishi itu terpaksa memasuki lorong tengah dan kiri sebelum cuba untuk masuk ke lorong kanan tapi malangnya kereta tersebut hilang kawalan sebelum melanggar kereta Honda tersebut dan terbabas ke tepi jalan.
Dalam video tersebut juga terdengar rakaman suara isteri kepada pemandu Mitsubishi tersebut yang menjerit 'Abang!'. Rata-rata netizen berpendapat kedua-dua kereta tersebut di pandu secara laju sehingga mempertaruhkan nyawa insan tersayang dan tidak menjaga jarak dengan kereta hadapan dan ada juga yang menyalahkan kereta Honda tersebut kerana menekan brek secara tiba-tiba.
Netizen juga berpendapat kemalangan tersebut boleh dielakkan sekirang kedua-dua pemandu tersebut mematuhi had laju yang ditetapkan ketika di lebuhraya. Walau apa pun semoga pasangan suami isteri ini selamat dan cepat sembuh. Hargailah nyawa insan yang tersayang. - www.kakishare.my
___________________________
Post a Comment