Penangan Pinggan Viral Serendah 50 Sen Buat Ramai Golongan Wanita 'Serang' Bandar Utama
Wanita dan koleksi pinggan mangkuk memang tidak dapat dipisahkan. Kalau di rumah atuk dan nenek mesti banyak koleksi pinggan. Senang kalau ada orang nak datang. Ditambah pula kalau pinggan mangkuk jenis sekarang memang cantik sesuai dengan tema katanya.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial terutamanya di kalangan netizen wanita akibat 'pinggan viral' ini. Selepas berita pinggan ini menjadi viral di media sosial, kedai ini diserbu oleh orang ramai terutama golongan wanita sehingga ada yang sanggup beratur panjang di luar kedai kerana tidak mahu melepaskan peluang memiliki koleksi pinggan tersebut.
Sebelum ini kedai tersebut dibuka di Pasar Seni, Kuala Lumpur sehingga menjadi viral kini ia dibuka Bandar Utama sehingga 23 Julai ini.
Pinggan mangkuk ini dijual serendah 50 sen dan terdiri dari pelbagai jenis pinggan mangkuk untuk pelbagai kegunaan seperti mangkuk bubur, sambal, kuah sehingga ke bekas nasi.
Namun ibu bapa dinasihati tidak membawa anak-anak kerana orang ramai bersesak dan dikhuatiri keselamatan mereka kerana pinggan mangkuk yang mudah pecah.
Post a Comment