Header Ads

'You Are A Hero' - Sikap Rider Prihatin Sanggup Risiko Nyawa Untuk Alihkan Tayar Pecah Di Tengah Lebuhraya Dapat Pujian Netizen




Memandu di lebuhraya terutama bagi penunggang motosikal sudah pasti banyak risiko yang perlu dihadapi. Lori-lori yang besar dan dipandu laju, kereta yang menggunakan laluan kecemasan dan serpihan-serpihan seperti kayu ataupun tayar lori yang pecah mengundang risiko kepada pengguna jalanraya.

Baru-baru ini tersebar satu video di media sosial yang memaparkan seorang penunggang motosikal yang sanggup bergadai nyawa untuk membantu mengalihkan serpihan tayar pecah di lebuhraya. 

Tindakan lelaki itu mendapat pujian netizen namun ianya amat membahayakan nyawanya kerana risiko dilanggar kenderaan yang lalu lalang dipandu agak laju. 

Menerusi video yang berdurasi selama 43 saat itu sehingga kini telah ditonton lebih 48,000 kali dan dikongsi lebih 3,000 pengguna Facebook. Lelaki tersebut dilihat cuba memberi isyarat kepada pengguna lebuhraya tersebut supaya memperlahankan kenderaan sambil cuba mengalihkan tayar pecah tersebut. 


Rata-rata netizen memuji sikap lelaki tersebut malah ada yang mencadangkan pihak Plus wajar memberi sedikit penghargaan kepada lelaki tersebut atas tindakannya yang berani itu. Tindakan lelaki itu dianggap dapat mengelak kemungkinan kemalangan yang lebih besar. 

@Ashraf Adam Rayyan: "Tahniah kerana telah selamatkan nyawa orang lain. Baru-baru ini pun jenuh saya mengelak tayar seperti ini dekat highway."

@Tan Soon: Terbaik abang ni, kerana sikap yang ada ini la yang akan dapat menyelamatkan ramai orang. Bayangkan kalau benda tu ada dan moto atau keta yang langgar habis. Terbaik Abang."

@Qistina K'man: "Salute Hero. Saya pernah kena kat tanjong malim, kereta baru beli sebulan, pecah paip aircond dan hampir pecah radiator. Langgar benda tengah highway. Bila pergi report dekat plus dan trafic hanya sia-sia saja."

@Mas Mymas: "Mungkin satu dalam juta orang sahaja akan melakukan perkara seperti ini. Mulia sungguh hati hamba Allah ini, semoga beliau selamat dan dilindungi oleh Allah selalu."



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.