Header Ads

Penulis Komik Terkenal 'Aku Hidup Dalam Blues' Telah Kembali Ke Rahmatullah




Bagi mereka yang membesar ketika tahun 90an, sudah pasti akan kenal dengan komik 'Aku Hidup Dalam Blues'. Komik tersebut menjadi kegilaan remaja terutama gadis-gadis kerana ayat-ayat yang penuh makna mendalam. 

Penulis tersebut Azzam Supardi atau dikenali sebagai Toyon dilaporkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital UiTM Sungai Buloh. Menurut laporan Utusan Online, penulis komik tersebut dimasukkan ke hospital sejak 24 Jun lalu dan sempat beraya bersama keluarganya di hospital. 

Rakan seperjuangan, Ibrahim Anon atau Ujang dalam satu status memberitahu arwah telah dibawa pulang ke rumahnya di Saujana Utama untuk diuruskan oleh pihak Masjid a-Nur. Arwah sempat memuat naik satu status di Facebook pada 30 Jun lalu.


Siri Aku Hidup Dalam Blues telah menjadi satu trend ketika era 90'an kerana mempopularkan fesyen grunge, kasut Converse serta band Pearl Jam di kalangan pembaca komik bersiri itu. 

Malah watak Sham dan Maizura sangat popular sehingga dicetak sebagai t-shirt. Hajat Azzam Supardi dalam beberapa status terakhir adalah untuk menerbitkan kembali siri tulisan Aku Hidup Dalam Blues tetapi tak kesampaian. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.