Header Ads

'Saya Nak Cari Kerja Untuk Tampung Keluarga' - Alhamdulillah, Kisah Pakcik Romdon Ini Jadi Viral Sehingga Ramai Tawarkan Kerja Baru Untuknya




Tengah panas terik dan asap kenderaan yang menyesakkan nafas. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat seorang lelaki untuk terus berdiri di persimpangan lampu isyarat di Shah Alam demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. 

Lelaki tersebut, Romdon Maseh menjadi viral apabila seorang pengguna Facebook yang prihatin memuat naik kisah pakcik Romdon di laman Facebooknya dan menjadi viral sehingga dikongsi lebih 8,000 kali. 

Pakcik Romdon dilihat memegang sebuah kadbod di panas terik yang tertulis: 

"Jika anda memerlukan pemandu peribadi, pemandu untuk keluarga atau kedua-duanya, saya sedang mencari pekerjaan dengan segera. Saya berusia 45 tahun dan berpendidikan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).”

Ikuti perkongsian penuh dari Syafiqah Damanhuri yang menemui pakcik tersebut pada Ahad lalu. 


Dalam perkembangan terkini, pakcik Romdon berkata dirinya banyak menerima tawaran bekerja sejak status yang dimuat naik tersebut menjadi viral pada hari Ahad lalu. Menurut pakcik Romdon, dia bekerja sebagai operator kilang di Shah Alam namun malangnya majikan tersebut terpaksa mengecilkan operasi kerana ekonomi syarikat yang tidak menentu. 

“Banyak sangat, ada yang tawar jadi pengawal keselamatan, pembantu di kedai dan penghantar makanan. Malah ada yang tawarkan kerja yang saya anggap tak sesuai seperti menghantar gadis-gadis untuk bekerja di kelab malam.

“Tujuan saya mencari kerja sebagai pemandu peribadi atas faktor usia saya selain mempunyai pengalaman itu. Selagi kerjanya halal dan pendapatannya lebih tinggi berbanding sekarang, saya akan terima,”

Tambahnya lagi, isterinya juga bekerja di kilang yang sama tetapi pendapatannya tidka mencukupi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Pakcik tersebut juga sebenarnya telah mula menggantung kadbod di badan pada Sabtu sambil membawa motor di sekitar kawasan Shah Alam. 

“Mungkin apa yang saya buat ini nampak pelik tapi ini cara mudah untuk orang lebih faham. Biarlah saya gantung (kadbod) di dada, supaya orang tahu apa kehendak hati saya demi mencari sesuap nasi buat keluarga,” katanya. 

Walaubagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana nasibnya lebih baik berbanding mereka yang masih menganggur dan hidup gelandangan. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni 
:


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.