Sejak Kawan Dengan Sajad , Fasha Sandha Semakin Berubah ?
Siapa yang dengar lagu I am Me mesti rasa nak menari , yer tak ?? Terbaru aksi Fasha Sandha berkongsi video menyanyi sambil menari lagu I Am Me bersama dua anaknya menjadi perhatian netizen dan mendapat lebih 500000 viewers sehingga hari ini .
Video berdurasi seminit itu menunjukkan Fasha yang manis berbaju merah jambu sedang menari ikut rnetak sambil menyanyikan lagu I Am Me Datuk Seri Vida . Disamping melayan karenah dua cahaya matanya, Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia dua tahun.
Video dengan keterangan gambar "Everytime 'I Am Me' Comes On! Fenomena dah macam Despacito! Congrats Dato Seri Vida dan KRU!" itu dipercayai dirakam di kediamannya.
Ia mengundang pelbagai reaksi netizen yang antara lainnya terharu melihat bagaimana ibu tunggal ini cuba mencipta suasana bahagia bersama anak-anaknya di rumah dengan cara mereka sendiri.
Malah aksi Fasha mendukung sambil memeluk erat Rayfal dan Raysha di penghujung video tersebut menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya menyifatkan Fasha seorang ibu tunggal yang cukup tabah dan penyayang.
Pun begitu, dalam ramai yang memuji, tidak kurang ada yang turut melontarkan kritikan sambil menyifatkan pelakon itu semakin berubah sejak berkawan baik dengan usahawan kosmetik, Nursajat.
"Sejak kawan dengan Sajat tu makin 'gelidad' laa Fasha... dulu-dulu elok je Fasha ni," tulis seorang netizen.
Bagaimanapun Fasha dalam satu balasan komen dilihat sempat menulis Be Positive Please! (sambil meletak simbol emoji bertanda aman).
Menariknya, video tersebut turut dikongsi semula oleh Vida di laman Instagramnya sambil memuji kebolehan Fasha menari sambil menyeru penyanyi-penyanyi lain untuk berbuat perkara yang sama.
sumber : Mstar
www.kakishare.my
Post a Comment