Suami Naik Angin Tetak Isteri Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit Di Facebook
Dalam satu kejadian berlaku di Beaufort jumaat lalu , seorang wanita cedera parah setelah ditetak dengan suaminya menggunakan parang akibat cemburu . Kejadian itu berlaku di awal jam 9.30 pagi berdekatan kedai runcit Kampung Bawan , Membakut , Sabah .
Suspek dipercayai naik angin dengan isterinya kerana menyangka ada hubungan sulit bersama lelaki lain di facebook kemudiannya menetak bahu kanan dan kedua belah tangan isterinya menggunakan parang .
Suspek kemudian bergegas ke rumah anak saudaranya untuk memaklumkan kejadian tersebut . Suspek kemudiannya ditangkat oleh anak saudaranya sebelum melarikan diri .
Salah seorang ahli keluarga bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat tahu kejadian tersebut ,
mangsa sedang dalam keadaan berlumuran darah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Beaufort
menaiki ambulans .
Menurut salah seorang anak mangsa , ibubapanya telah mula bertengkar sejak awal januari 2017 lalu dan mangsa dikatakan sering meminta cerai namun bapanya enggan melepaskan .
Mangsa dikatakan keluar dari rumah dan tinggal di kedai runcit berhampiran rumah mereka .
Menurut pihak polis , mangsa telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth K.Kinabalu untuk rawatan lanjut manakala suspek yang mencederakan dibawa ke IPD Beaufort .
Suspek berusia 52 tahun memegang Kad Pengenalan Pemastautin Tetap warga Indonesia direman untuk siasatan lanjut.
Kes akan disiasat mengikut seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Syeksan 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 .
Sumber : HarianMetro
www.kakishare.my
Post a Comment