Header Ads

Taktik Buat-Buat Salah Hantar Mesej Di Whatsapp , Rupanya Nak Hantar 'Mantera Puja Semangat'





Zaman dah moden , amalan sihir santau menyantau dan seangkatannya masih tidak luput dek zaman .
Orang yang menghantar menggunakan penghantaran alam ghaib sesungguhnya syirik lagi menyesatkan .

Tular di facebook sejak semalam peringatan dan ingatan bersama oleh Cdee MN apabila isterinya menerima mesej dari nombor tidak dikenali pada aplikasi whatsapp .

Pada mulanya , orang berkenaan memberikan salam dan menyatakan tersalah nombor . Namun apabila ditanya siapa ? Orang tersebut bertindak menghantar satu mantera kepada orang yang dituju .

Atas alasan apa mantera itu dihantar , tidak lagi dapat kepastian .

Menurut Cdee MN , mantera berkenaan dihantar kepada isterinya yang sedang dalam berpantang .
Terkejut dengan kejadian , Cdee dikatakan membuat rujukan kepada ustaz , dan dimaklumkan mantera tersebut adalah mantera puja semangat atau kata lain pukau . Astagfirullah. 

                        
Cdee MN kemudian menasihati semua wanita agar tidak memberikan sembarangan orang nombor telefon kerana pelbagai teknik orang sekarang untuk mengambil kesempatan terhadap diri kita .

Cdee MN terpaksa menutup beberapa potong ayat mantera yang dihantar kerana bimbang jika dibaca oleh orang lain , takut terkena . Uishh seram aihh nak baca apa-apa lepas ni !!

Jadi kepada semua , berhati-hatilah dalam apa jua situasi . Mungkin ada yang dengki melihat kebahagian , kejayaan dan pelbagai lagi sebab . Mohon selalu dilindungi Allah .

sumber: Cdee MN

www.kakishare.my
____________________________________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.