Header Ads

Wanita Ini Kongsi Cara Terbaik Untuk Selesaikan Hutang . Ikuti Pengalamannya Melangsaikan Hutang 1/2 Juta





Hutang jika tidak diselesainya memang akan dibayangi sepanjang masa . Bukan itu sahaja adakalanya sampai hilang pedoman lupa pada anak dan isteri  . Ada yang sampai sakit mental . Pendek kata , hutan ini satu benda yang pasti akan menggangu emosi sesiapa sekalipun lagi-lagi jika hutang tersebut mencecah jutaan ringgit .

Terkesan dengan tulisan Puan Nor Farhana Jutawan Muda tentang dirinya menyelesaikan hutang setengah juta yang ditanggung. Beliau juga berikan tip bagaimana selesaikan masalah hutang dengan cara yang paling mudah dan berkat.


Bila sebut pasal HUTANG, mesti ramai yang stress

Ramai jugak yang persoal. "Macamana nak bayar kalau duit pun takde?"

Nasihat Kak Fana (berdasarkan pengalaman Kak Fana tutup hutang bernilai setengah juta ringgit)

1. Korang mulakan dengan apa yang ada di tangan dulu. Ada sikit bayar sikit.

2. Berbelanja dengan berhemah. Jangan boros.

3. Belajar buat bisnes yang modal rendah.

Allah marah bila kita ada duit kita pi belanja lain. Kita membazir tapi hutang tak reti nak bayar.

Orang tolong kita masa kita susah sebab kesian pada kita. Tapi bila ada duit kita lengahkan bagi balik duit dia.

Kadang-kadang orang yang tolong kita pulak jadi susah sebab kita. Nauzubillah

Kalau korang rasa sales slow. Duit sentiasa tak ada. Rezeki sempit. Hati tak tenang dan tak bahagia.

4. Cara terbaik nak keluar dari kemelut masalah hutang hanyalah dengan bayar hutang dan bersedekah banyak-banyak

5. Selalu tolong orang miskin. Jangan berkira. Pejam je mata. Ikhlaskan hati

InsyaAllah Allah akan bantu kita langsai hutang satu persatu dengan mudah

Masalah hutang jadi makin rumit sebab kita bakhil. Dahla desperate sebab hutang. Pastu berkira & bakhil lagi. Macamana Allah nak bantu?

Yakinla berapa banyak pun hutang korang. Berapa juta sekali pun. Pasti ada jalan nak langsai.

sumber : Nor Farhana Jutawan Muda
www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.