Wanita Percaya Anak Lembu Ini Adalah Suaminya, Siap Tidur Sekatil Lagi!
Seekor anak lembu menjadi sensasi Internet selepas berjaya 'meyakinkan' seorang wanita berusia 74 tahun di Kratie, Kemboja, bahawa dia merupakan 'kelahiran semula' suaminya yang meninggal dunia lebih setahun lalu.
"Saya percaya anak lembu ini adalah suami saya sebab apa sahaja yang dia lakukan sama persis dilakukan suami saya ketika dia masih hidup.
"Saya akan jaga dia sepanjang hidup saya."
Dakwaan pelik berkenaan menggemparkan penduduk Kemboja sehingga tular di media sosial, menyebabkan ratusan orang mengunjungi rumah Khim Hang untuk melihat sendiri anak lembu yang dilahirkan pada Mac lalu itu.
Seorang pengguna Facebook (FB), Thach Vin, 32, berasa pelik apabila menonton video anak lembu itu menaiki tangga masuk ke dalam rumah seperti yang disiarkan di FB.
"Jadi saya datang ke sini untuk melihatnya sendiri," katanya. Anak lembu itu diberi makan, dimandikan dan tidur di atas tilam yang digunakan bekas suami Khim Hang. 95 peratus penduduk Kemboja menganut agama Buddha dan kebanyakan mereka percaya seseorang yang mati akan dilahirkan semula ke dunia ini. - www.kakishare.my
------------------------------------------------------------------------------------------------
Post a Comment