Header Ads

Anak Dan Isteri Syamsul Yusof Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya




Malang tidak berbau. Isteri kepada Syamsul Yusof dan juga pelakon Puteri Sarah Liyana terlibat dalam kemalangan kecil bersama anaknya memetik laporan Media Hiburan.  

Namun, Puteri Sarah dan anaknya Syaikhul Islam dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Difahamkan kejadian tersebut berlaku apabila kereta dipandu oleh Puteri Sarah dilanggar oleh seorang pemandu lain di bahagian belakang. 

Kereta yang dipandu Puteri Sarah hanya mengalami kesan calar manakala kereta pemandu yang melanggarnya mengalami kerosakan teruk. 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Ketika itu Sarah hanya bersama bayi lelakinya Syaikhul Islam dan sangat mencemaskan kerana hanya mereka berdua di dalam kereta ketika itu. 

Namun, semuanya dapat dikawal dan anaknya dalam keadaan yang baik dan tidak meragam walaupun sedikit terkejut. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.