Header Ads

'Anak Made In France Ok' - Jihan Muse Umum Hamil 4 Bulan




Pelawak dan pengacara, Jihan Muse semalam telah membuat satu pengumuman bahawa dia kini sedang hamil empat bulan. Pelawak tersebut mendedahkan perkara tersebut secara ekslusif di rancangan MeleTOP pada malam semalam. 

Isteri kepada Ungku Hariz sempat berseloroh bahawa anaknya itu adalah 'buatan Perancis' atau 'made in France'. 

Memetik dari laporan portal hiburan Gempak, dia sempat menjelaskan ketika itu dia dan suaminya berada di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja. 

Watak yang dipegang oleh Sabatini sebagai seorang yang sedang hamil dan dia tidak menyangka bahawa dia betul-betul sedang mengandung. 

"Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah,  semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja," kata Jihan di rancangan MeleTOP. Rata-rata netizen juga turut tumpang gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh Jihan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada Jihan dan Ungku Hariz!


A post shared by MeleTOP (@meletop) on



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.