Header Ads

Budak 8 Tahun mati disengat lebih dari 60 tebuan di Kelantan



KOTA BHARU, KELANTAN - Sungguh menyedihkan Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun telah meninggal dunia ketika dimasukkan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di Kota Bahru, selepas dirinya disengat lebih dari 60 ekor tebuan ketika bermain di halaman rumahnya semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian di rumahnya itu di Kampung Benting Lintang, Jertih, kelmarin, mangsa, Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin, 8, merupakan seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Benting Lintang, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi oleh pihak hospital.

Mengikut cerita bapanya, Mohd Rosmin Ong Bo Jit @ Hussin, 30, kejadian itu berlaku ketika anak sulungnya itu sedang bermain kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Sebelum itu, mangsa telah dikatakan bermain badminton berdekatan kawasan itu dan kemudian bermain dengan rakannya di dalam kawasan semak berhampiran.

"Kemudian dia bersama empat lagi rakannya secara tiba-tiba diserang tebuan yang bersarang di atas pokok di kawasan itu dan anak saya yang paling banyak kena sengat di seluruh badan.
"Berdasarkan kesan apa yang berlaku pada tubuhnya, mangsa dipercayai dia disengat lebih dari 60 ekor tebuan," katanya, memetik laporan dari portal Harian Metro.

Mangsa seterusnya dihantar pulang ke rumah oleh anak saudaranya dengan motosikal pada jam 6.45 petang dalam keadaan yang lemah namun dia masih lagi boleh bercakap ketika itu.

Melihat wajah dan keadaan mangsa yang sangat teruk itu, Mohd Rosmin dan isteri, Nor Azah Hamid, 27, terus mengejarkannya ke Hospital Besut dengan kereta.

Menurut Rosmin, anak lelakinya itu masih boleh bercakap ketika itu sehingga pihak hospital datang memasukkan tiub ke mulutnya pada jam 9 malam untuk memastikan dia tidur dan berehat.

"Memandangkan keadaannya yang bertambah teruk menyebabkan Muhammad Adrian kemudiannya dirujuk ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan lanjut ketika itu.

"Selepas dirawat di hospital itu, keadaannya terus jadi tidak stabil . Bagaimanapun ketika jam 9 pagi tadi, anak saya menjadi bertambah kritikal kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi sama sekali sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor kira-kira dua jam kemudian," katanya.

Jenazah Muhammad Adrian telah selamat dikebumikan di Kampung Benting Lintang,  Kota Bharu , Kelantan petang tadi.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.