Header Ads

Ibu Kejam Sanggup Sumbat Mayat Bayi Dalam Plastik HItam Dan Simpan Dalam Peti Ais Selama 3 Bulan




Ada pepatah mengatakan ibu mana yang tidak sayangkan anak. Tapi bagi seorang ibu dari Kota Tarakan, Kalimantan ini lain pula ceritanya. Panik kerana anak yang dilahirkan tidak bernyawa, ibu muda tersebut bertindak memasukkan anaknya ke dalam peti sejuk. 

Mayat bayi perempuan itu ditemui di dalam satu peti sejuk di sebuah pusat cucian kereta pada Rabu yang lepas. Menurut laporan dari Tribun Kaltim, penduduk Kampung Satu telah melaporkan penemuan bayi tersebu di Balai Polis Tarakan. 

Bertindak atas laporan yang dibuat oleh orang ramai, pihak polis telah menyerbu premis tersebut dan membawa mayat bayi malang itu ke hospital dearah untuk dibedah siasat. Beberapa orang saksi dan pemilik pusat cuci kereta yang menggunakan nama DO diminta untuk memberi keterangan. 


Selepas di soal siasat lebih 10 jam, pihak polis telah mendakwa ibu kepada bayi itu sebagai suspek utama. Wanita tersebut dikenali sebagai SA juga merupakan isteri kepada DO telah mengaku melahirkan bayi tersebut pada bulan Mei yang lalu. 

Menceritakan kejadian tersebut kepada pihak polis, wanita tersebut melahirkan bayi berkenaan di dalam bilik mandi dan dia mendapati bayinya sudah meninggal dunia. Panik dengan keadaan tersebut wanita itu nekad untuk menyimpan bayi di dalam peti sejuk rumahnya sebelum suaminya itu memindahkan mayat bayi berkenaan ke dalam peti sejuk pusat cuci kereta milik suaminya. 

Wanita itu turut memberi amaran kepada pekerja cuci kereta itu untuk tidak membuka plastik hitam yang diisi mayat bayi tersebut. Apa yang lebih memeranjatkan ialah suaminya DO tidak pernah tahu menahu bahawa isterinya itu mengandung apatah lagi pernah melahirkan anak. 

SA mengaku dia agak kalut dan panik malah pernah terlinstas untuk menanam mayat bayinya tetapi takut dijumpai oleh orang awam. Jika wanita itu didapati bersalah SA bakal diberi hukuman penjara selama 12 tahun. - www.kakishare.my

FACEBOOK: HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.