Header Ads

Eksklusif! Shaheizy Sam Luah Rasa Kecewa Disabotaj Dan Dianiaya Oleh LHDN




Wow, memang panas! Nampaknya pelakon Shaheizy Sam meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan LHDN yang telah menyiarkan notis muflis di akhbar tempatan.

Bukan itu sahaja, ia turut memaparkan data peribadinya menerusi media cetak itu. Bercakap tentang hal ini, Sam berkata alasan yang diberikan oleh LHDN adalah tidak munasabah dan menganggap dirinya dianiaya pihak tersebut.

"Membayar cukai menjadi tanggungjawab, malah saya ada rekod mengenainya. Saya rasa seperti dianiaya dan disabotaj."

"Tiada istilah mereka tak boleh cari saya. Saya bukan kerja pejabat dari jam 9 pagi sampai 5 petang. Saya berlakon tak tentu masa dan ada hari saya tiada di rumah.

"Saya tak pasti apa motif mereka. Mungkin juga ini cara mereka menggunakan orang berpengaruh seperti saya untuk menyedarkan masyarakat supaya membayar cukai.

"Sejak mula berlakon lagi, saya sudah melaksanakannya. Tak perlu risau. Kali terakhir mereka datang ke rumah pada 9 Mei lalu ketika anak sulung dilahirkan dan saya berada di hospital. Saya umumkan hal itu di laman sosial.

"Dua tiga minggu sebelum notis itu dikeluarkan, beberapa wakil LHDN datang ke rumah dan menyerahkan borang CP 500. Kenapa mereka tak maklumkan hal berbangkit? Kenapa pilih guna surat khabar pula?," katanya kepada Berita Harian. 

Sam juga berkata sehingga hari ini dia dan ejen cukainya masih menunggu penjelasan sebenar berhubung notis muflis tersebut. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.