Header Ads

Tangan Penumpang 'Menjalar' Cuba Raba Alat Sulit Pemandu Uber




Pemandu teksi mahupun pemandu e-hailing seperti Uber pasti ada satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Itulah yang dikatakan oleh pemandu e-hailing, Syed Rosli Syed Harman yang terkena pengalaman diraba penumpang ketika membawa perkhidmatan Uber.

Malay Mail Online melaporkan kejadian tersebut berlaku ketika mangsa mengambil penumpang tersebut di Jalan Klang Lama menuju ke sebuah kondominium di Sri Petaling.

Siapa sangka ketika dalam perjalanan, tangan penumpang itu dikatakan menjalar dan menyentuh kemaluannya. 

"Tetapi saya tidak memanjangkan hal itu kerana berasa bimbang jika beliau menyimpan senjata. 


"Saya terus memandu dan membawanya hingga sampai ke destinasi dan kemudian membuat laporan kepada Uber.”

Dia yang memiliki rakaman video kamera, kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Sri Petaling. 

Syed Rosli yang merupakan pemandu Uber sejak 2013 juga merupakan pengerusi Persatuan Pemandu Uber, Grab dan Zeppon. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.