Header Ads

'Ini Paling Istimewa Buat Ku...Al Quran Nur Kareem' - Video Johan Ngaji Al-Quran Dapat Perhatian Netizen




Baru-baru ini peminat hiburan kecoh apabila mendapat tahu 'kekasih' Fasha Sandha dilihat seorang yang pandai mengaji. Dan terbaru, pelakon Johan As'ari juga menjadi bualan peminat dan netizen tempatan. 

Johan yang terkenal dengan watak Botak juga dalam kapsyen yang dimuat naik dalam laman Instagramnya turut memberi nasihat kepada peminatnya supaya untuk rajin membaca Al-Quran kerana ianya dapat membuat hati sentiasa tenang. 

A post shared by Johan Arrif Datuk hj As'ari (@johanarrif) on

Hati yang tenang pula memudahkan untuk melepaskan segala perkara keduniaan yang hanya bersifat sementara. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan telah ditonton lebih 17 ribu kali. 

Rata-rata netizen memuji amalan yang dibuat oleh Johan itu dan ada juga yang menganggap Johan merupakan calon suami yang baik. Bagi pelakon itu pula, dia tidak segan untuk berkongsi video membaca Al-Quran bersama pengikutnya di Instagram kerana ianya dapat menarik minat golongan muda untuk melakukan kegiatan yang sama. 


Johan kini bakal membintangi drama Jurnal Suraya arahan Zul Huzaimy yang bergandingan bersama Nad Zainal. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.