Header Ads

Ini Pesanan Khas Cik B Kepada Lelaki Yang Nak Perhatian Dan Duit Dari DSV




Kisah mengenai jodoh Datuk Vida makin kerap menjadi bualan netizen sejak kebelakangan ini. Ianya bermula dengan pengakuan Datuk Vida yang kononnya mendapat resume cinta dari ramai lelaki termasuklah jejaka dari luar negara seperti Scotland dan Finland yang ingin mengahwini jutawan kosmetik itu. 

Malah Ayah Rani Kulup pun pernah menyatakan hasrat memperisterikannya. Sejak dari itu, ramai lelaki juga cuba memasang angan-angan untuk mengenali Datuk Vida yang terkenal dengan produk Qu Puteh ini. 

Namun, apa yang menarik perhatian ialah mereka yang ingin mencuba hendaklah berhati-hati kerana anak perempuan Datu Vida sudah berani bersuara. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen berasa agat rimas dengan suara-suara sumbang yang mengejek ibunya. 

Dan Cik B telah meluahkan rasa tidak puas hati menerusi satu video khas yang telah dimuat naik oleh Datuk Vida sendiri. Berikut adalah video pesanan khas oleh Cik B. 


Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata bersetuju dengan kata-kata Cik B itu. Malah mereka turut memuji Cik B yang ingin melindungi ibunya itu dari disakiti oleh lelaki yang cuba mengambil kesempatan. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.