Header Ads

Kakak Ipar 'Sound' Hafiz Hamidun Buat Cerita Untuk Dapatkan Belas Kasihan?




Sejak akhir-akhir ini isu pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin menjadi bualan hangat peminat dan juga netizen. 

Namun, punca sebenar pergolakan tersebut masih lagi menjadi tanda tanya. Jika dilihat menerusi akaun Instragram Hafiz, beliau juga telah membuang semua gambar bersama isterinya itu. 

Mungkin Hafiz mempunyai alasan berbuat sedemikian namun ianya menambahkan lagi spekulasi yang hangat diperkatakan sekarang ini. Dan terbaru, kakak kepada Joy telah mengeluarkan satu status yang dipercayai dituju kepada adik iparnya itu. 


Isu rumah tangga Hafiz dan Joy dilihat goyah selepas Joy sering memuatnaik status di IGnya dan gambar yang seolah-olah sedang mengalami krisis dengan suaminya itu. 


Pasangan ini telah berkahwin pada Mei lalu selepas perkenalan singkat dan memberi fokus untuk mengenali hati budi masing-masing selepas bernikah. Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun. 

Apapun, doakan yang terbaik untuk pasangan Hafiz dan Joy dan kita nantikan penjelasan dari Hafiz. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.