Header Ads

Sama Cantik Sama Padan, Ini 10 Foto 'Sweet Moment' Majlis Akad Nikah Dennis Dan Tunku Aminah




Tarikh 14 Ogos menyaksikan berlangsungnya majlis perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah yang selamat diijab kabul bersama pasangan pilihannya Dennis Muhammad Abdullah. 

Perkahwinan tersebut berlangsung di Istana Besar Johor yang penuh dengan adat istiadat melayu telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan menaiki kenderaan Rolls Royce dengan memasuki perkarangan istana kira-kira jam 8.45 pagi tadi. 

Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman serta Tunku Idris Iskandar serta Tunku Ismail turut hadir memeriahkan majlis pernikahan tersebut. 


Selain itu, antara keluarga diraja yang turut hadir istiadat pernikahan puteri tunggal Sultan Johor termasuk Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah. 

Laman Facebook Johor Southern Tiger turut berkongsi gambar saat-saat indah pasangan diraja tersebut diijab kabul. 

Orang ramai terutama yang berada di Johor Bahru boleh mengikuti istiadat persandingan secara langsung dari Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor pada malam ini kerana layar gergasi telah disediakan di Dataran Bandaraya dan di bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru. 



- www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.