Header Ads

"Kau Pahal?" Netizen Anggap Tweet Marah Redza Minhat Pada Syamsul Yusof Seperti Ada Perang Dingin Antara Mereka




Syamsul Yusof merupakan seorang pengarah yang terkenal dalam industri filem negara. Baru-baru ini, dia juga telah berjaya merangkul trofi Pengarah Filem Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke 57 menerusi filem Munafik yang berlangsung di Kemboja.

Ramai netizen memuji kejayaan serta mengucapkan tahniah kepada Syamsul di laman Twitterya dan Syamsul berterima kasih kepada dua orang individu iaitu pelakon Redza Minhat dan seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Khairil Anuar.


Namun Reda Minhat membalas tweet tersebut dengan mengatakan , "Kau Pahal?" Ada dakwaan yang mengatakan tujuan Syamsul menulis tweet tersebut sebagai sindiran terhadap mereka yang pernah mengkritik filemnya sebelum ini. 



Apa yang berlaku sebenarnya, perang dinginkah?

Sementara itu, Khairil Anuar pula tampil bersura dan rupa-rupanya mereka pernah mengkritik filem Syamsul sebelum ini iaitu Desolasi.


Namun, Khairil Anuar telah menjelaskan keadaan dimana kemungkinan Syamsul Yusof mungkin berdendam kerana mengkritik filem Desolasi yang difikirkan teruk olehnya kerana kualiti filem tersebut dianggap sebagai drama RTM. 

Malah dia juga pernah memuji filem arahan Syamsul iaitu Munafik. Mungkin ini cuma salah faham sahaja supaya masing-masing dapat selesaikan masalah dengan cara yang sebaik mungkin. - www.kakishare.my




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.