'Dia Suruh Pegang Pisang Dia' - Pendedahan Mengejutkan Sufi Rashid Jadi Mangsa Pedofil Ketika Masih Kecil
Juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid baru-baru ini berkongsi kisah silam pengalaman beliau dari kecil sehinggalah kini. Dan apa yang paling mengejutkan ialah kisah hitam ketika dirinya masih kecil yang menjadi mangsa pedofil.
"Demi Allah saya katakan saya tak dapat lupakan setiap sudut apa yang telah berlaku" kata Sufi. Ketika itu Sufi baru berusia 12 tahun. Pada waktu itu Sufi merupakan salah seorang idola kecil dan mempunyai pengurus untuk menguruskan jadual hariannya.
Hubungan tersebut sangat akrab seperti adik beradik malah sangat penyayang dan akan menjaga dirinya sehinggalah pada satu malam Sufi telah diajak untuk tidur di rumah pengurusnya itu.
"Semasa itu umur saya 12 tahun dan tidak tahu beza baik dan buruk. Malam tu dia cuba ambil kesempatan dekat saya. Dia suruh saya buka baju, tidur dengan dia dan suruh saya pegang 'pisang' dia.
"Sebagai mangsa pedofil, demi Allah saya katakan saya tak dapat lupakan setiap sudut apa yang berlaku,"
Sebagai kanak-kanak yang berusia 12 tahun, Sufi tidak tahu sama ada perkara tersebut betul atau tidak malah diumpan dengan permainan video sebagai upah. Sufi menambah laporan polis telah dibuat namun kes tersebut ditutup kerana tiada bukti.
Menurut bapa tirinya Arif Dolah yang juga bekas pengurus Sufi, dia mengatakan ini hanyalah strategi untuk mencari kontroversi bagi menaikkan kembali nama beliau kerana dikhabarkan Sufi Bakal menyertai program Akademi Fantasia All Stars.
Namun begitu, pengalaman menjadi seorang mangsa pedofil pastinya memberi kesan yang cukup mendalam terhadap mangsa-mangsanya. Kami doakan semoga Sufi terus tabah dan berjaya dalam karier beliau. - www.kakishare.my
___________________________
Post a Comment