Netizen Masih Tak Boleh "Move On", Cuba Bongkar Kemana Hilangnya Afifah Nasir
Isu Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah telah pun selesai. Namun masih ada pihak yang belum lagi 'move on' dengan kontroversi mereka.
Yang paling terbaru ialah apabila Zed Zaidi memberi amaran keras kepada Aliff Aziz supaya tidak mengulangi kesilapannya itu dan kemudian seorang lelaki bernama Nick Mikhail turut mencabar Zed Zaidi supaya tidak menganggu Aliff Aziz.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen kali ini ialah kehilangan Afifah Nasir yang dilihat berdiam diri malah masih belum tampil untuk memohon maaf atas apa yang terjadi pada minggu lalu.
Malah, Aliff Aziz sendiri turut meminta Afifah supaya tidak cuba untuk menegakkan benang yang basah kerana dirinya juga telah mengakui kesilapan yang berlaku.
Selain itu, netizen juga memohon Anzalna supaya turut meminta maaf kepada Bella kerana telah mengeluarkan kenyataan seperti menuduh Bella sebagai meroyan kerana baru melahirkan anak.
Memetik sumber Mstar Online, pihak produksi telah memberitahu kepada Aliff bahawa Afifah menghadapi masalah kesihatan ketika ini dan akan berjanji datang ke lokasi setelah kesihatan yang baik. Namun Afifah tidak memunculkan diri dan hanya mendiamkan diri.
Malah netizen juga turut mengandaikan kontrak Afifah bersama beberapa jenama terkenal seperti telah ditamatkan kerana beberapa gambar Afifah dengan jenama tersebut telah dipadamkan. - www.kakishare.my
Post a Comment