Header Ads

'Hina Sangatkah Orang Muda Kahwin Dengan Orang Tua' - Luahan Hati Pengantin Muda, 18 Tahun Bila Gambar Nikahnya Diviralkan



Viral tersebar gambar seorang remaja wanita berumur 18 tahun telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 62 tahun. Gambar-gambar berkenaan tersebar luas di media sosial dah dikongsikan oleh netizen dengan pelbagai kepsyen yang kebanyakannya menjadikan sebuah perkahwinan ini sebagai lawak jenaka.


Ada yang mengatakan bagai anak dan ayah, ada mengatakan tidak patut berkahwin di mana sesuai untuknya dan tidak kurang melahirkan rasa cemburu dengan pasangan berkenaan.Hati mana tidak terasa, sudah pasti pengantin yang juga merupakan manusia biasa ini berkecil hati melihat gambar-gambar berkenaan menjadi bahan lawak orang ramai di media sosial.

Menyedari gambarnya itu disebarkan, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri telah tampil meninggalkan komennya di sebuah page Facebook yang turut menyiarkan gambar berkenaan.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.