Header Ads

KETAHUI KEGIATAN "DATO CANTIK" INI DI TEMPAT YANG TIDAK KITA SANGKA.



AMALAN RAHSIA KEJAYAAN "DATO CANTIK" YANG KITA TIDAK TAHU.



Siapa yang tidak kenal seorang jutawan jelita Dato Shareen Al-Mashoor atau lebih dikenali sebagai "dato cantik" kini menjadi bualan di media sosial. Selain individu lain, Dato Shareen juga dianggap antara jutawan yang sangat merendah diri.

Apa yang pasti, mesti ramai diluar sana yang tertanya-tanya apakah tips dan rahsia kejayaan "dato cantik" ini sehingga beliau mampu berdiri seperti hari ini. Seorang ahli perniagaan yang cukup berjaya!

Tidak akan pernah terfikir amalan yang sebegini hebat dipraktikkan oleh Dato Shareen seperti membuka sekolah untuk anak-anak yatim. Kebanyakan mereka adalah anak-anak pelarian atau pendatang asing dari Rohingya, Kemboja, Myamar, Thailand, dan Indonesia.



Katanya, "ada yang menpunyai ibu bapa tetapi disebabkan terlalu daif sehingga tiada bekalan makanan. Jadi kita ambil dan beri peluang untuk belajar supaya ada harapan untuk mereka mencari pekerjaan yang sah dimasa hadapan."

"Saya bukan hanya memberi bantuan dari segi kewangan sahaja tetapi saya juga meluangkan masa bersama mereka seperti memasak serta mengajar kelas tambahan untuk mereka."

Katanya lagi, "walaupun kehidupan saya serba lengkap dengan kejayaan syarikat PMGIFT yang saya usahakan selama 16tahun ini tetapi saya masih perlu bekerja keras  mencari rezeki kerana anak-anak angkat saya hampir 600 orang. Oleh itu saya akan buat satu lagi perniagaan kosmetik yang mana sebahagian dari hasil jualannya akan digunakan untuk membiayai anak-anak ini"





No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.