Header Ads

Fesyen Baju Melayu Tapi Tak Berbaju Dikecam !



Pertunjukan fesyen rekaan baju raya yang diilhamkan oleh pereka Anuar Faizal mendapat kecaman dari netizen selepas memperlihatkan peragawannya mengenakan rekaannya itu tanpa memakai baju lengkap.



Gambar-gambar peragaan yang dimuat naik sendiri oleh Anuar di laman Instagramnya menarik perhatian netizen yang menggesa pereka itu menghormati bulan Syawal.

Menerusi pemerhatian di Instagram tersebut, gambar seorang peragawan yang dilihat hanya memakai apa yang disifatkan netizen sebagai 'sampin' dan juga topi mendapat paling banyak kiritikan.

sufeanaramzeid menulis : "eid apa bodoh aurat pun nampak".

suesdzine pula menulis "Model cuma nk tunjuk kan sampin je la, adoii. Kot ada ke yg nk pakai macam model tu.".

"Siapa nk pakai kalau mcm ni doh makin merepekk", tulis farhan_amirr pula.

"Sumpah cm bodo yg p reka baju mcm ni", tulis faizzulfakar.

Namun ada juga yang menyifatkan komen-komen kecaman yang dilontarkan tidak munasabah.

"hhaha. Lawak la bace komen. Takkan la ade yg gila nak beraya pakai gini. Tu model dia nak tunjuk sampin dan dan songkok tu ja. Lol" , tulis _arifs.

Setakat ini, gambar terbabit menerima lebih dari 100 komen yang kebanyakannya mengkritik koleksi rekaan itu.

Sementara itu, di bahagian komen gambar-gambar itu, Anuar tampil menjelaskan mengenai isu yang berbangkit.

Menurut Anuar menerusi salah satu gambarnya, seluar yang dipakai oleh modelnya akan dipakai bersama set lain, bukannya hanya seluar semata-mata.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.