Header Ads

Janna Nick Pilih Jalan Berdamai, Penat Layan Kerenah Ruhainies



Bagaikan tidak berkesudahan pula pertelingkahan di antara Ruhainies dan Janna Nick. Sebelah pihak kata sudah diajak berdamai, sebelah pihak pula dikata perangai tidak matang. Namun bagi Janna, dia mempertahanakn rakaman video yang pernah dimuatnaiknya namun kini telah dipadam.


“Saya muat naik video itu sebab hendak menjelaskan keadaan sebenar. Ini kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies adalah tidak betul. Dia nampaknya tak henti-henti meneruskan agendanya itu”

“Sebenarnya, sebelum isu ini jadi besar, saya cuba untuk menghubunginya dan ajak berjumpa. Tapi dia seakan memilih untuk tidak memaafkan dan nak memanjangkan pergaduhan. Saya diam sebelum ini sebab ingat cuma satu kenyataan saja yang dikeluarkan Ruhainies. Tapi lama-kelamaan kenyataan yang dikeluarkan dia semakin mengarut, katanya.

Bercakap menerusi BH Online, Janna menjelaskan dia sudah menghantar Whatsapp kepada Ruhainies demi memberitahu perkara sebenar. Namun kenyataan Ruhainies pula, dia akan berkongsikan perbualan mesej tersebut apabila sudah bersedia nanti.

Sumber : Rotikaya


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.