Header Ads

Kerana “Share Location” Di WhatsApp: Zaquan Adha Akui Mungkin Rumahnya Sudah Lama Diperhatikan



Zaquan menerusi portal Media Hiburan tidak menolak kemungkinan bahawa rumah mereka sudah lama diperhatikan apabila beliau sebelum ini pernah “share location” melalui aplikasi WhatsApp untuk mengadakan majlis rumah terbuka dan menerima kehadiran daripada beberapa orang yang mereka tidak kenali.



Ia bermula sewaktu kami mengadakan majlis rumah terbuka.  Seperti orang lain, kami pun share location rumah supaya tetamu senang sampai.  Tak sangka pula jadi viral sampai ada tetamu yang tak kenal pun datang.  Selain itu, rumah kami memang sudah ‘diperhatikan’.  Pengawal rumah ada, cuma mereka bertugas pada waktu malam sahaja.

Antara barang mereka yang hilang ialah 15 beg tangan milik Ayu  yang berjenama Dior, Prada, Chanel, Louis Vuitton serta jam tangan Rolex dan New Balance milik Zaquan.

Zaquan sempat memuat naik video di akaun Instagram miliknya yang dirakam oleh CCTV.  Ia menunjukkan pencuri tersebut masuk dengan memanjat pagar rumahnya.
A video posted by zaquan adha (@zaqone_08) on


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.