Header Ads

Kerana Suka, Dato Aliff Syukri Beli Kucing Berharga RM30,000



Berpunca daripada melihat Sultan Terengganu menyukai kucing dipercayai daripada spesies Serval Cat ini, pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Aliff Syukri telah pun membeli haiwan tersebut dengan harga RM30,000.




Perkara tersebut dikongsikan di akaun Instagramnya dan mendapat pelbagai reaksi daripada pencinta kucing dan juga peminatnya. Peka dengan habitat asal dan perilaku kucing berkenaan yang liar, ada peminat yang menasihatkan agar haiwan tersebut diberi makan dan dijaga dengan terkawal.

Sementara itu ada juga segelintir pengikut Instagramnya yang menyifatkan pembelian kucing oleh jutawan kosmetik itu hanyalah satu pembaziran lebih-lebih lagi Aliff di dalam caption Instagram menyatakan dia sendiri tidak mengetahui jenis kucing yang dipeliharanya itu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.