Header Ads

Polis Arah Batal Program Zakir Naik di Melaka



Polis menyarankan agar penganjur forum tokoh penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang dijadualkan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka, pada 17 April ini, dibatalkan. 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid, berkata forum mengenai persamaan di antara agama Hindu dan Islam wajar tidak diteruskan bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjaga. 

Katanya, pihak polis berpendapat forum yang membincangkan dua agama berbeza itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. 

"Kami akan memanggil penganjur forum berkenaan untuk mencadangkan agar ia tidak diteruskan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.