Header Ads

Kritikan Tajam Juri Guriskan Hati Peserta Gempak Superstar - Izreen Azminda



Tersingkir pada konsert Gempak Superstar minggu lalu, Izreen Azminda membuat pengakuan bahawa kritikan tajam daripada juri sedikit sebanyak membuatkan hati peserta terguris selain memberi tekanan dan membunuh semangat mereka.


Jujur saya katakan, kritikan yang begitu tajam mengguris hati kami semua. Tambah-tambah lagi dengan nada menghentam, memang kami akan rasa tertekan dan ‘down’.

Bila diberikan komen yang menghentam, mulalah saya rasa serba tak kena dan kadang-kadang ia mengganggu fikiran saya. Seperti kata Datuk Ramli MS, kalau intonasi menegur itu okay, maka kami pun akan okay dengan komen tersebut.

Jelas Izreen, bukan mudah untuk memberikan hasil terbaik kerana mempunyai tempoh masa yang agak singkat untuk berlatih dan menghafal setiap corak persembahan. Buat Izreen, para juri sepatutnya faham dengan keadaan tersebut.

Bukan mudah nak hafal skrip lakonan, lirik lagu, step tarian dalam masa yang singkat. Kalau diberi tugasan ini kepada penyanyi sebenar pun saya tak rasa mereka dapat lakukan. Juri sepatutnya faham dengan situasi yang berlaku di mana masa untuk sesi latihan adalah tidak mencukupi.

Saya tak kisah kalau nak kata persembahan saya buruk atau seperti funfair, tak apa. Sebenarnya saya memang tak kisah cuma saya rasa juri kena faham masa latihan itu tidak cukup.

Cuba kalau kita bagi dia yang sudah bertahun-tahun untuk perform dan masa yang ada hanyalah dua hari, adakah mereka boleh lakukan atau pun tidak?

Sumber Berita : Astro Gempak


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.